Jepun Tawar Pakej Kahwin Di Angkasa Lepas

TOKYO 1 Julai – Sebuah syarikat Jepun hari ini mula menerima tempahan daripada bakal pengantin yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka di angkasa lepas.

Menurut Taro Katsura, jurucakap untuk syarikat First Advantage yang menganjurkan pakej perkahwinan luar biasa itu, setiap pasangan dikenakan bayaran sebanyak 240 juta yen (RM7.2 juta).

Beliau berkata, pasangan pengantin akan menaiki sebuah kapal angkasa kecil yang akan dilancarkan 100 kilometer ke angkasa lepas.

Semasa penerbangan selama sejam itu, pasangan pengantin akan menikmati suasana graviti sifar selama beberapa minit sebelum mula melafazkan ikrar taat setia dengan kehadiran tiga orang tetamu, kata Katsura.

Upacara pernikahan itu akan diadakan di bumi selepas pasangan pengantin berlepas ke angkasa “bagi membolehkan mereka melafazkan ikrar taat setia dalam suasana istimewa di angkasa,” katanya lagi.

First Advantage menganjurkan pakej perkahwinan di angkasa dengan kerjasama Rocket Plane, sebuah syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Katsura, Rocket Plane akan mengendalikan penerbangan ke angkasa lepas dari sebuah lapangan terbang swasta di Oklahoma, Jepun.

– AFP