Pembayaran Gaji Sekali Sebulan Sektor Awam Kekal

PUTRAJAYA 2 Julai – Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan cadangan pembayaran gaji kakitangan awam sebanyak dua kali sebulan mulai bulan depan seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dengan itu pembayaran gaji kakitangan awam akan dibuat seperti amalan biasa sekarang iaitu sebulan sekali.

“Keputusan kerajaan untuk membayar gaji dua kali sebulan adalah bertujuan bagi memudahkan penjawat awam menguruskan perbelanjaan mereka.

“Tetapi penjawat awam sendiri seperti yang disuarakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memikirkan tidak perlu dibayar gaji dua kali sebulan.

“Jadi, kita tidak akan teruskan cadangan itu,” kata Mohd. Sidek kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 di sini.

Mengenai tuntutan CUEPACS agar Elaun Sara Hidup (COLA) dinaikkan dan diselaraskan daripada RM300 hingga RM500 sebulan di seluruh negara, beliau berkata, kerajaan akan meneliti perkara tersebut.

Menurut beliau, tuntutan itu memerlukan kajian mendalam kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar.

Beliau menambah, ketika ini negara juga memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM30 bilion bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal rancangan itu di Dewan Rakyat Khamis lalu.

“Kerajaan kena fikir sama ada kita mempunyai kemampuan dan apa implikasinya,” kata beliau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: