Makanan Restoran Cikgu mewah tetapi murah

KOTA BHARU 18 Jun – Jika ingin berjimat, tetapi masih ingin membelanja rakan-rakan, Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan di sini merupakan pilihan paling sesuai.

Ini adalah kerana dengan bermodalkan RM40, seseorang masih boleh membelanja makan dan minum 10 rakan dengan hidangan yang ‘mewah’ di restoran berkenaan.

Pemilik restoran berkenaan, Hamid Idris, 58, berkata, kadar harga yang amat berpatutan itu merupakan pakej hidangan kampung menyelerakan.

Sejak memulakan perniagaannya kira-kira lima tahun lalu, restoran yang lebih dikenali sebagai ‘Restoran Cikgu’ kerana latar belakang pengusahanya itu, harga hidangan masih dikekalkan walaupun kos bahan mentah meningkat saban tahun.

Sehingga kini harga segelas teh ‘O’ masih lagi 50 sen, air sirap dan teh ‘O’ ais pula 60 sen, manakala Milo ais, bandung dan Nescafe ais masih dijual dengan harga RM1.

Sementara itu, hidangan nasi yang mengandungi beberapa lauk utama seperti ikan patin masak asam pedas, gulai tempoyak ikan keli atau gulai singgang, sayur lemak, ayam goreng, ikan keli goreng, budu dan sambal serta beraneka ulaman di samping satu jug sirap masih RM40.

Hamid berkata, walaupun air yang dijual agak murah berbanding kedai makan lain tetapi dia masih mampu memperoleh keuntungan bersih 200 peratus.

“Sifir saya mudah jika menyediakan air minuman saya akan kurangkan sikit gulanya dan pelanggan tidak kisah, malah menggemarinya.

“Bagaimanapun saya akan tetap menambah rasa manisnya jika pelanggan menghendakinya. Malah saya juga menyediakan pakej air satu jug yang dijual dengan hanya RM3 tetapi ia boleh diminum sehingga enam orang dewasa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Restoran itu, katanya, kini mempunyai cawangan di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa yang dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang kecuali Jumaat.

Hamid berkata, secara purata, restoran itu menerima kehadiran pelanggan kira-kira 600 orang pada hari biasa dan bertambah sehingga 700 orang pada Sabtu dan Ahad.

”Walaupun makanan dan minuman dijual dengan harga murah tetapi saya masih mampu mendapat keuntungan dan membayar gaji 45 pekerja di kedua-dua cawangan itu,” katanya.

Selain itu, kata Hamid, dia juga tidak mengenakan caj cukai perkhidmatan lima peratus kepada pelanggan.

 

 

Pada masa kini,kita memang mengharapkan agar ada lagi peniaga yang dapat mengekalkan harga jualan mereka ditahap yang munasabah.Bagi mereka yang berkunjung ke Kelantan,memang patut la pergi menjamu selera kat restoran ni.

Advertisements

1 Comment

  1. Mr WordPress said,

    June 19, 2008 at 2:17 am

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: