Bandaraya Satelit Islam Kota Bharu, Kelantan

19 Jun 2008, Negeri Kelantan Darul Naim akan melakar sejarah dengan bakal terbinanya sebuah bandaraya satelit baru. Bandar satelit baru berkonsepkan ‘Islamic City’ yang menjadikan masjid sebagai ‘focal point’ juga berperanan menyokong fungsi bandar Kota Bahru.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dijangka bakal merasmikan majlis pecah tanah bagi projek tersebut. Majlis tersebut juga akan dihadiri oleh YB Datuk Takiyuddin dan YDP MBKB-BRI serta beberapa dif-dif jemputan yang lain.

Bandar satelit bermaksud bandar yang bergantung pada industri tempatan, tetapi ada perkaitan ekonomi dan struktur jaringan perhubungan dan pentadbiran dengan sesebuah bandaraya yang berhampiran. Bandar satelit biasanya dianggap menyokong bandar raya yang berhampiran itu secara timbal balik atau saling menyokong sesama sendiri.

Projek tersebut dibangunkan di Pasir Tumbuh tidak jauh dari Kota Bharu. Ia meliputi pembinaan 218 unit rumah kedai dan pasar awam melibatkan kos sebanyak RM2.7 juta, 18 unit perumahan kakitangan kerajaan (RM4.5 juta). Selain turut dibina masjid dan hotel. Projek itu akan dibangunkan di kawasan seluas 20.73 ekar. Turut akan dibangunkan pondok moden yang bernilai RM1.2 juta, kompleks dataran (RM3.8 juta) dan 60 gerai (RM600,000).

Projek ini akan menjadikan masjid sebagai tumpuan utama. Masjid setinggi dua tingkat yang dibina akan dilengkapi ruang niaga, pameran dan bilik kuliah. Lokasinya di tengah-tengah pembangunan satelit berkenaan. Lebih menarik lagi, setiap mereka yang berurusan di Bandar Islam Pasir Tumbuh perlu menutup aurat bagi orang Islam dan bukan Islam berpakaian bersopan. Selain itu sesuatu yang menarik perhatian saya ialah, kolam renang “roof top” yang mengasingkan wanita dan lelaki.
Pembangunan bandar satelit Islam ini berpaksikan kepada masjid dalam fungsi yang baru yang merangkumi ruang niaga dan ruang pameran, perpustakaan dan juga bilik-bilik kuliah di dalam masjid itu sendiri.

Perlaksanaan projek ini juga merupakan satu tamparan hebat kepada Barisan Nasional yang sebelum ini berdegar-degar mengutuk dan memperlekehkan kerajaan Kelantan sebelum ini setelah projek yang sebelum ini sepatutnya dibangunkan di bandar Tunjung tidak dapat dibangunkan atas sebab tertentu.

Walaupun dianggap dan dicanang sebagai negeri termiskin di Malaysia, namun pembangunan di Kelantan lebih baik dan terancang berbanding negeri lain. Pembangunan di Kelantan lebih menyerlah dengan kehadiran pelabur asing ke sini atas dasar kepercayaan kepada dasar dan sikap pemerintah di sini. Banyak projek pembangunan yang sedang atau telah dilaksanakan seperti Kelantan Trade Centre, Pusat Komersil Rantau Panjang, KB Mall, Pelangi Mall, dan lain-lain lagi.
Berkaitan dengan isu perpaduan di bawah pemerintahan Islam, rakyat kelantan telah lama peka. Jadi wajarlah TGNA mengundang YB Karpal Sing sendiri sebelum ini ke Kelantan bagi melihat suasana perpaduan kaum di sini.

Advertisements

2 Comments

  1. June 26, 2008 at 2:40 am

    Ini adalah satu projek yang baik untuk dunia dan akhirat.

    Wassalam

    Remali Yusoff, Ph.D

  2. Afdzal said,

    July 8, 2008 at 8:17 am

    Saya amat tertarik dengan pembangunan di Kelantan. Tak sangka kerajaan Kelantan mampu bergerak maju ke hadapan walaupun diwar-warkan miskin


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: