


















June 26, 2008 at 8:50 am (Creative Ads, Just For Knowledge, gadgets, news)
Tags: Stunning Ads By WWF



















June 26, 2008 at 8:35 am (Uncategorized)
PUTRAJAYA 16 Jun – Kekurangan jumlah pelajar lelaki di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini semakin serius dan membimbangkan terutama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob berkata, lebih mengejutkan lagi trend penguasaan golongan itu dalam bidang teknikal termasuk kejuruteraan di universiti awam kian merosot dan kini didominasi pula oleh pelajar perempuan.
”Untuk kelayakan ke bidang perguruan sahaja, sebanyak 70 peratus dikuasai pelajar perempuan… di manakah pelajar lelaki?
”Trend kekurangan pelajar lelaki ini sebenarnya tidak di UPSI sahaja, tidak juga dalam kursus bahasa dan perguruan, tetapi meluas di seluruh universiti yang turut meliputi bidang profesional dan teknikal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Aminah yang merupakan bekas Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menghasilkan satu kajian berhubung kelemahan pendidikan di kalangan pelajar Melayu.
Antara hasil kajiannya mendapati 98 peratus ibu bapa tidak pernah melawat sekolah anak mereka dan 90 peratus lagi tidak melakukan pengawasan dalam hal tertentu termasuk menentukan anak-anak mempunyai peralatan persekolahan dan membuat kerja sekolah di rumah.
Kajiannya juga mendapati sikap pelajar Melayu terhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila didapati 73 peratus tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung pada guru.
Menurut Aminah, Kementerian Pelajaran perlu mengubah teknik pengajaran ke arah yang lebih mengupayakan pelajar untuk menelaah dan berfikir.
”Kita jangan lagi bergantung kepada sistem peperiksaan yang berbentuk menghafal sebaliknya tukarkannya kepada teknik mengasah minda dan berfikir.
”Jika kekurangan pelajar lelaki di IPTA ini tidak ditangani dikhuatiri akan wujud ketidakseimbangan besar yang mengakibatkan penyertaan golongan itu dalam bidang profesional tidak menyerlah,” katanya.
June 26, 2008 at 5:44 am (Uncategorized)
Assalamualaikumwbh.
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, gah
orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
June 26, 2008 at 5:37 am (Uncategorized)
1.
Perasaan Permusuhan dan Kebencian2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.
3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.
4.
Ujub.5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.
6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.
7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.
Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai ‘ghibtah’ iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
June 26, 2008 at 4:01 am (Uncategorized)
Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?
Bagus sekali….
Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? . Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.
semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci.
Hari ini saya ingin memasukan “benang” Al Fatihah kedalam “Lubang Jarum” Hati anda. Mari kita sama lakukan bersama agar “jarum hati” anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.
Latihan
Duduk dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.
1.Tarik nafas melalui hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.Lakukan 37 kali. ( merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap minda.
2. Sebut kan kalimah allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.
3. Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda. Persoalanya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?. Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya. Saya akan menjawapnya pada perengan yang seterusnya. Teruskan bersuara dengan lafas Allah. Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan.Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.
4. Kemudian sila tungkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tungkatkan di lelangit mulut anda. Nah disini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya.Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda. Ulangi sebanyak 100x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada disini ciptakan “anchor” untuk diri anda dengan cara berdoa” ya allah setiap kali hamba mu berzikir “Allah” saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah”
5. Mulalah membaca Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menungkat lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini. Dengan Izin Allah……. … wasalam.
June 26, 2008 at 3:17 am (Just For Knowledge, gadgets, news)
In whose interest?
Former U.S. Marine Corps officer and UN weapons inspector Scott Ritter talks about the unique influence that the Israel war lobby has on the U.S. news media and U.S. foreign policy.
Can anything be done to turn this around?
Ritter has written an important new book “Waging Peace” which answers this question realistically and comprehensively.
It’s the peace manual for our times.
By they way, please note that the is a HUGE difference between the Israeli War Lobby (an alliance of the Israeli war party and corrupt politicians in the US) and Israelis, Jews, and even Zionists.
Many Israelis oppose the behavior of their government as do many Jews in the United States and elsewhere. Also, many “Zionists” are naive people whose idealism has been co-opted by corrupt elements.
To talk of “Israel”, “Jews” and even “Zionists” as the problem is ignorant and counterproductive. It is the Israeli war party and their supporters in the US that is the problem.
At public meetings, I insist that this distinction is made and I am surprised by how many professional critics of the war party dismiss its importance. It’s a VERY important distinction.
June 26, 2008 at 3:13 am (Uncategorized)
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai
sedikit panduan.
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah
berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan
perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan
dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan
penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan
rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat
bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai
cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai
orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.
Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila
hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka
juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila
berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun
belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan
orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka
berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa
curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya
gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka
bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila
berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan
berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan
menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah
bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar
mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan
suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat
kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain..
Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk
kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai
dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan
sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang
suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar
menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang
lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata
jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,
mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita
yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang
tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi
hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah
tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani
mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa
terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
June 26, 2008 at 2:33 am (Just For Knowledge, gadgets, news)
Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan Kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-Kata yang Positif dan Baik.
Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku ” The Hidden Messages in Water ” karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yg melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya sbb:
1. Tempatkan Nasi sisa yg sdh didiamkan semalaman kedalam 2 toples dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat.
2. Masing-masing toples di label yg berisi kata2 sbb:
3. Toples A : ” Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
4. Toples B : ” Kamu Bodoh, Goblok, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Tidak mau kat kamu, Bengom tahap kaw2 ”
5. Botol 2 ini diletakkan terpisah dan pada tempat yg sering dilihat, dan membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol2 tersebut.
6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :



Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yg tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.
Anda boleh mencubanya sendiri.
Kalau di buku di katakan ada yg mencuba dgn tiga botol dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 atau diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyat beras dlm botol yg diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yg dipapar kata ” Kamu Bodoh”.
Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan orang-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari fikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.
Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah fikiran yg timbul dalam batin kita.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.